Monday, April 30, 2012

tentang saya dan sekitar MASTERA

tanggal 24-27 April 2012, mesyuarat MASTERA tiga negara, Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam selamat dijalankan di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. alhamdulillah, majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr. Awang Sariyan yang sentiasa melemparkan senyuman kemesraan. sepanjang mesyuarat, banyak perkara yang dibincangkan atas nama perkembangan persuratan Melayu serantau, dan saya merasa amat bertuah kerana sama-sama duduk mendengar, meneliti dan sesekali "bersuara". ini pengalaman yang amat bermakna dan mendewasakan. paling utama dapat menjalinkan silaturahim antara perwakilan mesyuarat yang tentunya meninggalkan kenangan yang begitu bererti. insya Allah, Persidangan MASTERA serentak dengan Seminar Kesusasteraan Asia Tenggara (SAKAT) akan diadakan pada Oktober 2012. seloroh Dr. Mu'jizah, ketua delegasi Indonesia "kala itu, baby udah keluar, dan udah berusia 2 bulan", dan saya tersenyum mengurut perut yang makin membesar. ya Rabb, sihatkanlah anak dalam kandungan ini dan berikanlah kekuatan untuk saya menjalani lingkungan hidup ini!

1 comment:

  1. Kay,
    semua itu pengalaman yang menambah lagi keutuhan dan jati dirimu sebagai seorang akademik. Tentu ianya satu detik berharga apabila dapat berada di sekeliling mereka itu bukan? Moga terus maju-jaya! :)

    (mana butang 'like' ni aku nak petek!)

    ReplyDelete